Sunday, October 25, 2009




DR. AHMAD DAUD M.D. (A.M)
Pengurus Besar (Penjualan dan Pemasaran)


Dr. Ahmad Daud adalah seorang Pengurus Pemasaran yang profesional dan telah mempunyai nama besar dalam industri 'networking' di Malaysia. Dengan pengalaman kerjanya yang lama dalam industri 'networking' beliau telah berjaya membina dan menguruskan beberapa buah syarikat MLM yang mempunyai nama besar. Dr. Ahmad Daud juga telah mencipta satu impak besar dalam membawa syarikat-syarikat yang beliau uruskan menjadi diantara 10 yang terbaik di Malaysia. Beliau juga adalah pemegang Ijazah Perubatan Alternatif dari Open University. Selain itu beliau juga adalah pemegang PhD di bidang Perubatan Alternatif dari Calcutta, India. Dengan keperibadiannya yang rendah diri, peramah tetapi tegas serta sering menyemai perasaan kasih sayang sesama insani dan perwatakan mudah mesra yang menjadi 'trademark' beliau, beliau mampu memimpin dan memberikan motivasi kepada pengedar-pengedar untuk keluar menjadi pemimpin-pemimpin yang disegani dalam industri ini. Dalam hidup beliau percaya kepada satu perkara,


"Tanpa Keberanian Impian Tidak Akan Tercapai".

No comments:

Post a Comment